Latar belakang We_Can_Do_It!

Sebuah poster propaganda dari tahun 1942 yang digunakan untuk menyatukan para pekerja dan pihak pengurusan GM

Selepas serangan Pearl Harbor yang dilakukan oleh pihak Jepun, pemerintah Amerika Syarikat mengarahkan seluruh pekerja kilang untuk menghasilkan peralatan perang dengan jumlah yang lebih banyak. Suasana tempat kerja di kilang-kilang besar sentiasa tegang kerana rasa kebencian di antara pihak pengurusan dan kesatuan buruh di sepanjang 1930-an. Pengarah-pengarah syarikat seperti General Motors (GM) berupaya untuk meminimumkan pergeseran dan meningkatkan kerja berpasukan. Dalam menyahut kempen perhubungan awam yang disebarkan oleh syarikat United Auto Workers, GM dengan cepat menghasilkan sebuah poster propaganda pada 1942 yang menampilkan kedua-dua pihak pekerja dan pengurusan menggulung lengan baju, agar bersama-sama memantapkan pengeluaran perang. Poster tersebut dibaca, "Together We Can Do It!" (Bersama Kita Boleh Lakukannya!) dan "Keep 'Em Firing!" (Terus Bangkit).[3] Untuk membuat poster sedemikian, syarikat berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran dengan membendung sentimen pro-perang popular, dengan matlamat utama untuk menghalang kerajaan daripada mengenakan kawalan yang lebih besar ke atas pengeluaran.[3]

Westinghouse Electric

Pada 1942, pelukis Pittsburgh J. Howard Miller diminta oleh Jawatankuasa Penyelaras Pengeluaran Perang dalaman Westinghouse Electric, melalui sebuah agensi pengiklanan, untuk membuat satu siri poster untuk memaparkan para pekerja syarikat tersebut.[1][4] Tujuan projek tersebut adalah untuk membangkitkan semangat pekerja, menghalang ketidakhadiran, menjawab soalan-soalan para pekerja yang ditujukan kepada pihak pengurusan, dan mengurangkan ketegangan buruh atau serangan kilang. Setiap lebih dari 42 poster yang direka oleh Miller dipaparkan di kilang tersebut selama dua minggu, kemudian diganti dengan siri yang berikutnya. Sebahagian besar poster menampilkan lelaki; poster-poster tersebut menekankan peranan tradisional lelaki dan wanita. Salah satu poster menggambarkan seorang pengurus lelaki yang sedang tersenyum dengan tulisan "Any Questions About Your Work? ... Ask your Supervisor" (Ada Soalan Tentang Kerja Kamu? ... Tanya Penyelia Kamu).[1][2]

Poster lain oleh J. Howard Miller daripada siri yang sama dengan "We Can Do It!"

Tidak lebih daripada 1,800 salinan poster "We Can Do It!" bersaiz 17 oleh 22 inci (430 oleh 560 mm) telah dicetak.[1] Ia pada awalnya tidak dilihat di kilang Westinghouse di Pittsburgh Timuer, Pennsylvania dan barat tengah Amerika Syarikat, di mana ia dijadualkan untuk dipaparkan selama dua minggu lima hari bekerja bermula hari Isnin, 15 Februari 1943.[1][5][6][7][8] Kilang–kilang yang disasarkan adalah yang membuat pelapik topi keledar lastik yang dihasilkan dengan Micarta, sejenis damar berfenol yang dicipta oleh Westinghouse. Kebanyakkan wanita yang diambil bekerja dalam syarikat ini, menghasilkan sekitar 13 juta pelapik topi keledar ketika waktu perang.[9] Slogan We Can Do It! berkemungkinan tidak diterjemahkan oleh para pekerja kilang sebagai memperkasa wanita sahaja; imej itu menjadi satu siri paternalistik, mengawal poster yang mempromosikan kewibawaan pengurusan, keupayaan pekerja serta penyatuan syarikat, dan pekerja akan mungkin telah memahami imej ini bermaksud "Pekerja Westinghouse Boleh Lakukannya", semua kerja bersama.[1] Imej yang meyakinkan itu dijadikan sebagai propaganda halus untuk meningkatkan semangat pekerja dan mengekalkan pengeluaran daripada ketinggalan.[10] Pakaian berwarna merah, putih dan biru merupakan satu panggilan halus untuk patriotisme, salah satu taktik kerap oleh jawatankuasa pengeluaran perang.[1][2]

Rujukan

WikiPedia: We_Can_Do_It! http://www.anothermag.com/current/view/348/Austral... http://www.artofthetitle.com/title/captain-america... http://www.corbisimages.com/stock-photo/rights-man... http://indianapolis-indiana.funcityfinder.com/2011... http://books.google.com/books?id=F5wukQLkavoC&pg=P... http://books.google.com/books?id=KlxHgYqgDswC&pg=P... http://books.google.com/books?id=YjbR9EXABPEC&pg=P... http://books.google.com/books?id=cZvvAAAAMAAJ http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac...